Posts

Showing posts from January, 2011

Dosa Mengumpat.

Image
Satu persoalan  penting yang harus kita jawab..

Adakah dosa berzina melebihi dari minum arak?
Pasti Jawapan kita adalah "Ye dosa berzina lebih teruk dari dosa minum arak"
Adakah kita tahu ada dosa yang lebih besar dari berzina dan minum arak?


Dosa mengumpat
Sabda Rasulullah saw bermaksud : "Awaslah daripada mengumpat  kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina.Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat,Allah akan menerima taubatnya .Dan,sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampunkan oleh orang di umpat.(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)..


Maksudnya disini,apabila kita mengumpat seseorang itu, dosa kita tidak akan dimaafkan terlebih dahulu sebelum orang yang kita mengumpat itu memaafkan kita,barulah Allah menerima taubat kita..
sama2lah kita mengambil pengajaran..supaya hidup kita selepas ini mendapat keredaan dari Allah SWT..
insyaAllah....

Wahai Hati...Dengarlah..

Image
Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya.   Bukankah ini yang dinamakan iman…………
         Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engku ya Allah, lindungilah aku dari api neraka.’
Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apa…

Tahun baru..Sem baru..Azam baru

Alhamdulillah..dah masuk 2011.. syukur padaNya kerana diberikan kesempatan merasai nikmat kehidupan.. 2010 telah berlalu..banyak pengajaran dan pengalaman yang dilalui..
Pastinya masam,manis,pahit kehidupan yang berlalu menjadi  kenangan dalam kehidupan.. Esok bermula Semester baru.. Azam baru.. diHarapkan kehidupan selepas ini lebih baik mendapat berkat, serta diredhai olehNya dalam setiap saat yang dilalui..
Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t dengan nikmat2 yang diberikan... Berikan lah kepadaku kali ini kekuatan iman dan kesabaran agar dapat menempuh  pelbagai lagi cabaran yang mendatang..


diHarapkan juga perkara2 yang buruk dapat ditinggalkan..
dan moga dapat mempertingkatkan segala perkara2 yang memberi kebaikan dan keberkatan.


Disini saya nak memohon kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini.. kalau ada salah dan silap,terkasar bahasa,terguris hati, walau sebesar zarah sekalipun.. ampunkan silap salah saya yang lemah ini.. selamat tinggal 2010... selamat datang 2011... ..................…