Posts

Showing posts from 2011

Final Year Project dah hbis..:p... bye2 Diploma

Image
Assalammualaikum..
syukur alhamdulillah, dapat juga luangkan masa untuk typing dekat ruangan blog ni.:)..
Terima kasih ya Allah berikan nafas baharu, untuk aku teruskan perjuagan sebagai hamba Mu...


29.12.2011 merupakan tarikh present final year project.Syukur kehadrat Illahi, kerana beri kemudahan, ketenangan, dan kekutan untuk aku meneruskan segala cabaran dalam menyiapkan projek akhir bersama rakan dan present dengan baik.
Walaupun banyak rintangan, cabaran, tetapi kami tetap dapat buat setakat yang termampu dengan sedayanya.


Projek yang kumpulan aku buat ialah "Smart Shower System".
Pada mulanya agak takut untuk memilih projek ini,tetapi syukur sangat kerana dapat banyak bantuan daripada SuperVisor En Nasrul,
Tanpa bantuan beliau, pasti projek ini tidak sempurna.
Walaupun banyak masa tidur yang di korbankan, tetapi puas dengan apa yang dah diusahakan sekarang..:p


"Smart Shower System" adalah untuk membuat shower mandi secara auto, maksudnya kita x perlu tekan butang sec…

rasa hati...^^

Alhamdulillah...tinggal sebulan jer lagi nak habis penderitaan sem ini.. Final projek yang sangat perit..harap ak dapat buat ynag terbaik... mohon doa dari semua..   ^^
........................................................................................................
Kerja banyak.. masalah pon banyak...
mohon kekuatan... pertambah kan bagi ku keberkatan...
agar aku tidak lumpuh ... agar aku tidak jatuh....
padaMu aku memohon.. agar di beri kemudahan untuk aku menempuh segala cabaran.



....................................................

kerna ini......

..............................................................................................


JANGAN BERMANJA PADA YANG TAK HALAL


JANGAN BERCERITA PADA YANG TAK AMANAH


JANGAN PAKSA PADA YANG TAK SETIA


JANGAN UNGKIT PADA YANG TAK MENGHARGAI


JANGAN BENCI PADA YANG TAK MENGERTI




.................................................................................................

isi hati hambaMU...

Image
Kuatkan hatimu...
Bersihkan jiwamu... Tenangkan Nalurimu... Teguhkan Imanmu.. Istiqamah Usahamu... Berdoa padaNya untuk dirimu... kerna satu pun tidak rugi padamu... kuatkan naluri hatimu.. lupakan segala sengketa itu... jadilah manusia yang kuat berdiri teguh atas keimanan yang dimiliki atas anugerah Allah kepadamu

Image
Perjuanganmu di Lubnan..menjadi pemangkin bagiku disini untuk berjuang bersama.. insyAllah..doaku disini tidak akan putus untukmu abah..:) moga selamat pergi dan selamat pulang..insyaAllah..  17.Oct.2011 ~  Oct 2012




May Allah bless All of you





i will be one of them soon.. i'll try my best...

Titian perjalanan seorang hamba Allah..

Image
Aku lumpuh.. lumpuh dalam meniti ke jalan redhaMu... aku tak terdaya melawan.... aku cuba bangkit.... dan ada yang menghalang...
Aku lawan lagi.. tapi aku jatuh tersungkur... aku tahu ini satu ujian... aku tetap berlawan...
Aku insan yang lemah... setiap ujian yang datang aku tersungkur... tapi aku bersyukur... kerana aku tahu.. Dia maha mengetahui segalanya..
Dia beri kesukaran untukku untuk menguji aku.. Dia beri kesulitan untukku untuk aku berfikir... Dia beri segala bentuk ujian ini untuk menilai setinggi mana iman hambaNya ini...
Aku perlu bangkit.. Aku perlu tempuh... Aku perlu lawan... Aku perlu tahu bahawa semua ujian ini untuk menilai hamba2Nya yang taat padaNya..
Sesungguhnya Ya Allah..Kau lah tempat aku bersujud... Berikanlah kekuatan untuk hambaMu ini... Aku lumpuh sekiranya RahmatMu hilang... Aku tersungkur dititian jika tiada Kasih dariMu ya Rabbi...
dr hambamu yg lemah~zaLshaFiq~

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara

Image
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : 

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,  Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,  Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, .. dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." ....................................................................
Hidup ini perlukan kekuatan..Selagi kita cuba berusaha untuk berubah..InsyaAllah.. Allah amat menyayangi umatNya..

Menantimu..:)

Image
Alhamdulillah..dapat juga bertemu wall blog ni..
dah lama tak update blog nih.. minggu yang sangat buzy dengan final exam... wahh..takutnyer..mintak2 lah boleh jawab insyaAllah... Hurmmm..dalam tengah membaca subject Islamic Institution.. terbuka page fb ~Hilal Asyraf~ .. sangat kagum dengan kata2nya.... bicaranya...kata2 hikmahnya...
ni ayat yang paling bermakna bile terbaca... ayat ini tersirat seribu makna dalam kehidupan kita... sebagai seorang remaja.. renung2kan dan selmat beramal..~~~~~~~heeeeeeeee .................................................................................
Aku di sini menantimu wahai bakal isteriku. Dan aku telah memulakan perjalananku. Hari ini aku mengajak kamu, untuk bersama-sama denganku.
Biar sebelum tiba hari kita bersatu, kita sudah mendidik anak-anak kita terlebih dahulu. Agar nanti tiada yang menuding jari kepada kita di akhirat sana, akan kelalaian kita mendidik mereka.

Kerana Aku Sayang Kamu...

Image
Diamku tak bererti aku membenarkan Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan Bisingku tidak bererti aku menyalahkan Bukan juga melukakan Tapi kerana aku amat menyayangimu Maka aku cuba sedaya yang termampu Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya Di bumi yg terbentang luas ini Kerana sayangku kepadamu Maka aku cuba... dan terus mencuba! Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan Andai aku jumpa jalan Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang

Epilog Silam

Image
Alhamdulillah...syukur dengan nikmat kehidupan yang Kau berikan ya Allah..  Dalam kehidupan yang ku lalui..banyak dosa yang hamba Mu lakukan.. ampuni lah diri ku ini ya Allah..berikanlah kekuatan...dan keberkatan di dalam kehidupan ku ini.. Diruku belum sempurna untuk menjadi yang terbaik disisi Mu ya Allah..

Epilog silam by HAIKAL

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku Masihkah ada ampunan buatku


Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji Tuhan...Ada yang dapatku gagahi Dan ada yang gagal kuhindari


Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas Terlalu sedikit kubersyukur


Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu Mogakan terampunlah dosa-dosaku Biarpun ujian melanda Ku tetap berkasih pada-Mu Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya... .

Jauhkan Rindu...

Image
Bila rindu kembali menjengah, Menyusup datang melalui sekeping gambar, Begitu terasa bibirku bergetar, Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku, Menggigil dalam bahang tengah hari, Ku sentuh pada bibirku, kering mengelupas, Ku letakkan tangan pada dadaku, Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi, Warnanya pucat membiru, Tiada kilauan dalam mata, Tiada cahaya pada wajah. Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta', Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta', Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' , kerana rindu ini rindu yang memusnahkan, Rindu ini rindu yang mencemarkan, Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku, Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.
Dahulu, Jika rindu yang sama bertandang, Akulah insan paling bahagia.
Kini, Jika  rindu yang sama bertamu, Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini, Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu, Rindu ini yang dahulu menghal…

ADakALanya...

Image
Adakalanya besarnya nilai sesuatudi mata kita,
namun belum tentu di pandangan Allah s.w.t


Adakalaremehnya nilai sesuatu itu di mata kita,
namun apakah sama di sisi Allah s.w.t


Adakalanya cantik,elok dan baik sesuatu perkara difikiran kita,
tapi apakah zahirnya sahaja?


Adakala kita sering memikir cinta,kasih syg seseorang kpd kita,
apakahsudah cukup kasih dan cinta kepada Allah dan Rasulnya..


Adakala kita merasakan Istikarah itu jalan pemilihan dalam percintaan,
apakah istikarah itu hanya utk perkahwinan..


Adakalanya kita risau jodoh+pasangan kita,
Sedarkah kita itu urusan Allah s.w.t
Lupakah doa itu ada?


Adakala kita membolehkan sesuatu yang tak boleh,
Matlamat menghalalkan carakah?


Adakala kita sering persoal cinta,jodoh dan perasaan,
Bagaimanakah status,amalan dan halatuju kita?


Adakala kita rasa cintakita..cintakerana Allah s.wt.,
Apakah maksudcinta kerana Allah?


Adakala kita selalu melafazkancintakepada Allah & Rasulnya,
Dimanakah buktinya?


Adakala kita jadikan agama sebagai alasan dalam perbuatan…

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥

Image
Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIM…

Dosa Mengumpat.

Image
Satu persoalan  penting yang harus kita jawab..

Adakah dosa berzina melebihi dari minum arak?
Pasti Jawapan kita adalah "Ye dosa berzina lebih teruk dari dosa minum arak"
Adakah kita tahu ada dosa yang lebih besar dari berzina dan minum arak?


Dosa mengumpat
Sabda Rasulullah saw bermaksud : "Awaslah daripada mengumpat  kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina.Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat,Allah akan menerima taubatnya .Dan,sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampunkan oleh orang di umpat.(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)..


Maksudnya disini,apabila kita mengumpat seseorang itu, dosa kita tidak akan dimaafkan terlebih dahulu sebelum orang yang kita mengumpat itu memaafkan kita,barulah Allah menerima taubat kita..
sama2lah kita mengambil pengajaran..supaya hidup kita selepas ini mendapat keredaan dari Allah SWT..
insyaAllah....