Posts

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara

Image
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :  "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,  Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,  Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, .. dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." .................................................................... Hidup ini perlukan kekuatan..Selagi kita cuba berusaha untuk berubah..InsyaAllah.. Allah amat menyayangi umatNya..

Dosa Mengumpat.

Image
Satu persoalan  penting yang harus kita jawab .. Adakah dosa berzina melebihi dari minum arak? Pasti Jawapan kita adalah "Ye dosa berzina lebih teruk dari dosa minum arak" Adakah kita tahu ada dosa yang lebih besar dari berzina dan minum arak? Dosa mengumpat Sabda Rasulullah saw bermaksud : "Awaslah daripada mengumpat  kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina.Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat,Allah akan menerima taubatnya .Dan,sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampunkan oleh orang di umpat.(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).. Maksudnya disini,apabila kita mengumpat seseorang itu, dosa kita tidak akan dimaafkan terlebih dahulu sebelum orang yang kita mengumpat itu memaafkan kita,barulah Allah menerima taubat kita.. sama2lah kita mengambil pengajaran..supaya hidup kita selepas ini mendapat keredaan dari Allah SWT.. insyaAllah....

sahabat..

Image
Mari kita fahami lirik ini...hehe thakz kpada semua yang menjadi kawan2 aq... aq hargai korang semua.. walaupon sesaat sekalipon perkenalan antara kita.. ia tetap mmberi suka duka pada kita semua.. Maaf kalau ada silap dan salah saya yer..~`. =SAHABAT-HAWARY= Pertemuan...telah ditakdirkan ... antara kita tidak pernah dirancangkan. .. manalah takdir hendak dilawan ... semuanya ketentuan tuhan ... wahai sahabat sematkan semua kenangan yang telah bersama sama kita lalui   suka dan duka memburu impian .. moga teguh..nya ikatan ini .. sahabat...yang amat ku kasihi.. (kasihi..) susah senang kau disampingku ( di sampingku..) kehadiran dikau disisi... (sahabatku) .. mengubat sepi dihatiku... wahai sahabat sematkan semua kenangan   yang telah bersama -sama kita lalui   suka dan duka memburu impian ... moga teguhnya ikatan ini ... sahabat...yang amat ku cintai ... (cintai..) susah senag kau disampingku (di sampingku..) walau kini hilang dimata .. (sahabatku..) namun kau tetap dihatiku ..

Jadilah kamu Buta,Bisu,Bakhil dan Papa...

Image
Habbatus Sauda'  Seorang lelaki yang diidamkan Ialah seorang buta, bisu, bakhil dan papa… Biarlah dia seorang yang buta Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya Biarlah dia seorang bisu Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaran Dan lantang menyuarakan kebenaran Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman Pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa be