Liku-Liku Perjalanan

Langkah demi langkah,
Aku berjuang untuk kembali pulang,
Aku usaha  dengan gagah,
Walau beribu rintangan yang mendatang.

Jangan leka kembali pulang,
Kerna takut Dia menjemputmu pulang,
Rebutlah sementara ada masa dan ruang,
Moga Dia memberi peluang.

Aku berjalan dengan penuh cabaran,
Pelbagai cabaran dan rintangan,
Aku pekakkan telinga demi kemenangan,
Kemenangan di mata Si Pencipta yang memberi ketenangan.

Ayuh diriku,
Ayuh sahabatku,
Selagi nyawa bernafas setiap saat,
Kita berjuang untuk taat,
Menjadi khalifah yang sempurna,
Selagi Dia memberi ruang dan masa.

Dunia yang dicari akan pergi,
Amalan yabg di cari membawa bekalan untuk mati,
Tidak ada satu zarah pun harta boleh di bawa sampai ke mati,
Moga hidup kita dirahmati.

Usahlah berputus asa dengan ujian yang ada,
Kerna Dia sayanglah Dia menguji kita,
Lenyapkan segala kisah silam,
Lumpuhkan segala nafsu agar karam,
Marilah berjuang menuju dasar,
Dasar bersama pejuang yang hatinya besar.

Ayuh mencari redha Allah,
untul menggapai satu matlamat,
Menjadi hamba yang taat,
Pada tuhan yang satu

Nukilan:
-hamba yang banyak dosa-
-Zal Shafiq-
-ump-13sept13-jumaat-
-zalshafiq.blogspot.com-

Comments

Popular posts from this blog

FINAL YEAR STUDENT

PerJUmpaan ahli baru kelab kayAk UMP 2010...

Dosa Mengumpat.