Titian perjalanan seorang hamba Allah..

Aku lumpuh..
lumpuh dalam meniti ke jalan redhaMu...
aku tak terdaya melawan....
aku cuba bangkit....
dan ada yang menghalang...

Aku lawan lagi..
tapi aku jatuh tersungkur...
aku tahu ini satu ujian...
aku tetap berlawan...

Aku insan yang lemah...
setiap ujian yang datang aku tersungkur...
tapi aku bersyukur...
kerana aku tahu..
Dia maha mengetahui segalanya..

Dia beri kesukaran untukku untuk menguji aku..
Dia beri kesulitan untukku untuk aku berfikir...
Dia beri segala bentuk ujian ini untuk menilai setinggi mana iman hambaNya ini...

Aku perlu bangkit..
Aku perlu tempuh...
Aku perlu lawan...
Aku perlu tahu bahawa semua ujian ini untuk menilai hamba2Nya yang taat padaNya..

Sesungguhnya Ya Allah..Kau lah tempat aku bersujud...
Berikanlah kekuatan untuk hambaMu ini...
Aku lumpuh sekiranya RahmatMu hilang...
Aku tersungkur dititian jika tiada Kasih dariMu ya Rabbi...

dr hambamu yg lemah~zaLshaFiq~

Comments

Popular posts from this blog

FINAL YEAR STUDENT

Dosa Mengumpat.

PerJUmpaan ahli baru kelab kayAk UMP 2010...