Posts

Showing posts from April, 2011

Menantimu..:)

Image
Alhamdulillah..dapat juga bertemu wall blog ni..
dah lama tak update blog nih.. minggu yang sangat buzy dengan final exam... wahh..takutnyer..mintak2 lah boleh jawab insyaAllah... Hurmmm..dalam tengah membaca subject Islamic Institution.. terbuka page fb ~Hilal Asyraf~ .. sangat kagum dengan kata2nya.... bicaranya...kata2 hikmahnya...
ni ayat yang paling bermakna bile terbaca... ayat ini tersirat seribu makna dalam kehidupan kita... sebagai seorang remaja.. renung2kan dan selmat beramal..~~~~~~~heeeeeeeee .................................................................................
Aku di sini menantimu wahai bakal isteriku. Dan aku telah memulakan perjalananku. Hari ini aku mengajak kamu, untuk bersama-sama denganku.
Biar sebelum tiba hari kita bersatu, kita sudah mendidik anak-anak kita terlebih dahulu. Agar nanti tiada yang menuding jari kepada kita di akhirat sana, akan kelalaian kita mendidik mereka.

Kerana Aku Sayang Kamu...

Image
Diamku tak bererti aku membenarkan Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan Bisingku tidak bererti aku menyalahkan Bukan juga melukakan Tapi kerana aku amat menyayangimu Maka aku cuba sedaya yang termampu Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya Di bumi yg terbentang luas ini Kerana sayangku kepadamu Maka aku cuba... dan terus mencuba! Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan Andai aku jumpa jalan Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang