Jom Zikir & Fikir bersama....

5 soalan
  1. Apa dan BAGAimana AsaL-usul kIta?
  2. Adakah maTi daLam kAwalAn kita?
  3. Mati-Tamatlah  seGAlanya?
  4. Siapa KiTa DaN  unTuk Apa hiDup ini?
  5. BagaiMAna Kita Beroleh JawaPan KepADa segala SoAlan ini...?

SOALAN 1:
APA DAN BAGAIMANA ASAL-USUL KITA?

Kita adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t tidak lahr dengan sendiri,
ibu bapa hanyalah jalan atau wisalah untuk mengeluarkan kita tetapi mereka bukan 
pencipta kita.
Sebagai bukti,masih ramai ibu bapa yang tidak memperolehi anak walau 
mereka sangat menginginkannya lantaran kuasa dan upaya
penciptaan itu bukan milik mereka.

Firman Allah s.w.t:

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan 
sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadiaan manusia berasal dari tanah;(7)
Kemudiaan Dia menjadikan keterunan manusia itu dari sejenis pati,
iaitu dari air(benih) yang sedikit dipandang orang(8) As-Sajdah..

Siapa pun dan bagaimana pun kita ari ini, ia bermula
dari satu titik permulaan atau pintunya iaitu bermula
dari sehembus nafas dan nyawa nyawa yang ditiupkan Allah s.w.t
kepada kita.
Tanpanaya kita tiada apa2.....`~


....................................................................................................................................................................

SOALAN 2:
ADAKAH MATI DALAM KAWALAN KITA?

Sebagaimana ia mencipta kita,Dialah Allah s.w.t.
yang sangat berkuasa  yang akan mematikan kita,

Firman Allah s.w.t:

Dan sesungguhnya,Dialah yang memaikan
dan menghidupkan;(An-Najm:44) 

Ketahuilah sesungguhnya mati bukan dalam 
bidang kuasa kia.Kita tidak tahu bila kita akan dikuburkan.
Mungkin sahaja malam ini,mungkin sahaja esok,lusa,minggu depan..?..
Tiada siapa yang tahu.
Sangat menghairankan,apabila kita masih lagi hidup
sepertinya mati dalam kawalan kita.Sudah kerap kita 
dikejutkan dengan berita kematian sahabat handai mahu pun kerabat terdekat.
Adakah mustahil
selepas ini kematian kita pula akan memeranjatkan mereka? 


....................................................................................................................................................................

SOALAN 3:
MATI-TAMATLAH SEGALANYA?

Sebagai muslim mukmin,kita meyakini bahawa kita tidak mati begitu sahaja.
Ada kebangkitan selepas kematiaan yang namanya alam akhirat.
Satu perjalanan yang bermula dengan alam barzakh,qiamat,alam masyar
dan seterusnya hinggalah berakhir dengan satu antara dua perhentiaan.
Syurga atau Neraka.
Syurga,destinasi akhir bagi manusia yang  berbahagia ..
Neraka,destinasi akhir bagi manusia yang celaka...
Jika kita dimatikan detik ini juga,adakah kita telah merasa pasti yang manakah
satu destinasi terakhir kita?

Firman Allah s.w.t:

Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?(4) Pada hari(kiAmat) yang amat besar(huru haranya),(5)  Hari berdiri manusia untuk menghadap Tuhan sekalian alam?(6)-  AL-MUTUHAFFIN.


....................................................................................................................................................................


SOALAN 4:
SIAPA KITA DAN UNTUK APA HIDIP INI?


Destinasi kita di alam akhirat itu sangat bergantung kepada bekalan yang sempat kita kumpulkan ketika hidup di dunia ini.Soalnya siapa kita ini dan dan unutk apa kita hidup?
Kita semua adalah hamba Allah s.w.t. Berkewajipan malaksanakan seluruh perintah dan meniggalkan segala larangnnya.

Firman Allah s.w.t :

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kapadaKu(56)  Az-Zaariyat

Hamba yang dibebankan dengan jawatan selaku khalifah, untuk  mengurus tadbir dan membimbing  alam seluruhnya dengan syariat Allah s.w.t. Hamba yang diberi tempoh hayat yang tidak lama untuk membuktikan kesetiaan dan komitmen mereka dengan Penciptanya dalam melaksanakan beban amanah tersebut.

....................................................................................................................................................................


SOALAN 5:
BAGAIMANA KITA BEROLEH JAWAPAN KEPADA SEGALA SOALAN INI?


Keempat-empat asas yang telah disebutkan sebelum ini,adalah titik nokhtah yang sangat penting untuk sentiasa diperbaarui ingatan dan kesedaran tentangnya.Asal usul,pengahkiran, hakikat insan dan hakikat dunia yang sebenar bersumberkan sumber sangat kukuh. Sumber yang sangat kukuh itulah asas kelima yang dimaksudkan.Hari ini ramai manusia mencipta pegangan dan prinsip hidup, membentuk corak pemikiran, yang kemudiaanya menghasilkan sesuatu nilai dan budaya yang menatijahkan tindakan2 bukan dari sumber yang kukuh dan konkrit.

Marilah kita kembali sumber yang paling kukuh,sumber yang konkrit,mukjizat yang mencengangkan dan tidak dapat dipertikaikan kesahihannya semenjak dahulu, kini dan selamanya iaitu wahyu Ilahi, Al-Quran dan Hadith sahih yang menjadi sumber tertnggi dalam Islam selaku cara hidup manusia yang sepatutnya.




copy from Sinar Jumaat ump...Sahabt Masjid(SAHAM).."sempena kempen BI'AH SOLEHAH"

Comments

Popular posts from this blog

FINAL YEAR STUDENT

PerJUmpaan ahli baru kelab kayAk UMP 2010...

Dosa Mengumpat.