Cinta Agung Ku..



Ya Allah sejenak ku terfikir...apa kah diri ku ini cukup sempurna...kekadang hati ini terkedu..terfikir adakah amal ibadat ku kepada Mu cukup untuk bertemu Mu ya Allah..
Jikalah nyawa ku diambil oleh Mu ya Allah pada ketika ini,
apakah cukup amal yang ku bawa...
Berikanlah keampunan kepada hamba Mu ini Ya Allah
sesungguhnya kau lah Maha pengampun dan mengasihi hamba mu yang lemah ini.

Dan dikala aku kesedihan kau berikan kebahagiaan..
dikala aku kesunyiaan kau berikan kesempurnaan..
dikala aku kekurangan kau berikan ketabahan..
dan dikala aku dalam kelemahan kau berikan kekuatan..

Dan jika diberikan ujian daripada Mu kepada ku..
Ku hanya mampu berdoa dan mengharap bantuan daripada Mu
Kerana Ujian yang diberikan itulah tandanya Cinta Mu kepada hamba Mu yang soleh..

Sesungguhnya hati ini perlukan Cinta kepadaMu ...
terimalah segala keampunan hamba Mu ini..
Berikanlah Ya Allah dugaan yang ku alami sekarang ini kekuatan untuk menghadapinya
isikanlah kekosongan dalam jiwaku ini kerinduan kepadaMu
supaya diriKu sedar betapa kerdilnya diriku ini...

(hamba Mu yang lemah lagi hina)

Comments

Popular posts from this blog

FINAL YEAR STUDENT

Dosa Mengumpat.

PerJUmpaan ahli baru kelab kayAk UMP 2010...